SOALAN LAZIM (FAQ) Pakej SISM40

Apakah itu SISM40?
  • SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.
  • Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.
Siapakah yang layak memohon SISM40 ini?
Permohonan SISM40 adalah terbuka untuk:
  • Semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun ke atas
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Tidak disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi
  • Pakej ini adalah untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak)
  • Satu (1) isi rumah layak memohon satu (1) pakej sahaja
  • Bagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej ini
  • Khusus untuk kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970)
Apakah pakej-pakej yang ditawarkan dibawah SISM40?
Terdapat lapan (8) pakej tawaran SISM40 melalui Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas :-
Bagaimanakah caranya untuk saya memohon SISM40?
Pendaftaran boleh dibuat melalui :
  • Laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my/
  • Di semua 56 buah Pejabat DUN Selangor
  • Talian bantuan di 03-5030 4595/4596
    (9.00pg – 5.00ptg : Isnin – Jumaat) kecuali pada cuti umum.
Berapa lamakah tempoh tawaran ini dan bilakah pendaftaran SISM40 akan dibuka?
  • SISM40 ini terbuka untuk permohonan selama (1) tahun bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022.
  • Peringkat permulaan tempoh permohonan bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021.
Adakah saya perlu membuat bayaran pendahuluan bagi SISM40 ini?
  • Ya, terdapat caj bayaran pendahulan untuk perkhidmatan jalur lebar unifi Home sebanyak RM100.
  • Bayaran pendahuluan perlu dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui SMS dan akan dipaparkan dalam bil mereka yang berikutnya.
  • Sementara itu, bayaran pendahuluan untuk pelan mudah alih perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) dan tiada caj bagi pengekalan nombor sedia ada (Mobile Number Portalibity - MNP).
Bolehkah saya mendaftar lebih dari satu (1) akaun dibawah SISM40?
  • Ya Boleh. Pelanggan boleh memohon lebih dari satu (1) akaun bagi pemasangan di alamat kediaman yang berbeza.
Berapa lamakah tempoh untuk mengetahui keputusan kelulusan permohonan SISM40?
  • Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Pelanggan akan dimaklumkan melalui alamat emel yang diberikan semasa pendaftaran.
  • Semakan juga boleh dibuat di laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my
Sekiranya saya tidak layak untuk memohon SISM40, apakah pelan lain yang ditawarkan?
Adakah saya boleh melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS)?
  • Anda boleh melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS) untuk pelan sedia ada.
  • Pendaftaran boleh dilakukan melalui unifi.com.my atau aplikasi myunifi. Anda juga boleh membuat permohonan di TMpoint berdekatan.
  • Perkhidmatan VAS seperti penggalak Wi-Fi (Mesh Wifi) atau unifi Plus Box tidak termasuk di dalam tawaran promosi satu (1) bulan langganan percuma ini.
Adakah saya akan terikat dengan sebarang kontrak dengan tawaran ini?
  • Ya, anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.
  • Sekiranya anda memilih untuk menamatkan langganan pelan jalur lebar sebelum tempoh kontrak selama 24 bulan berakhir, bayaran penalti sebagai tambahan kepada baki bulan akan dikenakan.
  • Namun, tiada sebarang kontrak dikenakan bagi pelan mudah alih.
Saya telah melanggan SISM40 300 (FAMILY/SINGLE). Sekiranya saya ingin menamatkan pelan mudah alih, adakah saya masih boleh menikmati diskaun?
  • Maaf, anda tidak lagi dapat menikmati diskaun sekiranya anda menamatkan pelan mudah alih sebelum tempoh kontrak 24 bulan berakhir.
  • Pelan jalur lebar kediaman akan kembali ke harga asal RM199*.
  • Kontrak anda akan diperbaharui kepada 24 bulan daripada tarikh pertukaran pakej yang baharu.
Bolehkah saya memindahkan pelan unifi saya kepada orang lain?
  • Tidak. Sebarang pertukaran atau pemindahan hak milik tidak dibenarkan sepanjang tempoh kontrak di bawah SISM40.
  • Sekiranya anda ingin meneruskan pindah milik, harga bagi talian mudah alih akan bertukar kepada harga komersial sekiranya anda tidak mempunyai akaun jalur lebar unifi Home yang aktif.
Sekiranya saya berpindah ke negeri lain (selain Selangor), adakah saya masih layak untuk menikmati diskaun di bawah SISM40 ini?
  • Pelanggan yang berpindah keluar dari negeri Selangor tidak layak untuk terus menikmati pakej tawaran dibawah SISM40.
  • Permohonan pindahan boleh dilakukan dimana-mana cawangan TMpoint berhampiran.
  • Anda tidak akan menikmati diskaun dibawah SISM40 dan pelan akan dipindahkan kepada pakej unifi semasa yang setara.
  • Kontrak juga akan diperbaharui kepada 24 bulan dengan pakej komersial semasa.
Dimana boleh saya melihat dan menyemak bil unifi ?
Anda boleh menyemak dan membayar bil dengan mudah melalui:
  • Bil digital yang dihantar ke emel yang didaftar semasa permohonan
  • Akaun digital di portal www.unifi.com.my (pelanggan perlu mendaftar akaun digitalme di portal tersebut)
  • Aplikasi myunifi (terdapat di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery)
Bagaimana cara untuk saya membuat bayaran bagi pakej ini ?
  • Pembayaran boleh di buat di saluran digital unifi.com.my atau melalui aplikasi myunifi.
  • Pelanggan juga boleh membuat pembayaran di kiosk yang terdapat di TMpoint berdekatan.
Bagaimanakah cara jika saya ingin menamatkan langganan saya?
  • Langkah 1
    Anda perlu memberi notis 30 hari sebelum penamatan dilakukan melalui saluran seperti berikut:
    1. Live Chat melalui unifi.com.my atau myunifi app
    2. Email ke help@tm.com.my
    3. TMpoint di seluruh Malaysia
  • Langkah 2
    Pihak TM akan memberikan jumlah kasar baki bil semasa anda. Wakil TM akan berhubung dengan anda dalam tempoh (7) hari untuk pengesahan permohonan penamatan. Setelah bayaran baki bil telah dijelaskan, pihak TM akan meneruskan permohonan penamatan pada hari ke-31 daripada tarikh notis permohonan.
  • Langkah 3
    Anda akan merima maklumat status penamatan melalui SMS. Kemudian, and perlu memulangkan kembali Broadband Termination Unit (BTU) di TMpoint berdekatan dalam tempoh (7) hari bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang caj kelewatan.
Saya masih belum menerima sebarang notifikasi. Di manakah boleh saya semak status permohonan?
  • Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Pelanggan akan dimaklumkan melalui alamat emel yang diberikan semasa pendaftaran.
  • Semakan juga boleh dibuat di laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my/
Siapa yang harus saya hubungi sekiranya saya memerlukan bantuan atau pertanyaan?