Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT – SKIM INTERNET SELANGOR M40 (SISM40)

  1. SYARAT AM
    1. Skim Internet Selangor M40 (“SISM40”) merupakan pakej insentif rangsangan internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM).
    2. SISM40 bertujuan untuk membantu penduduk negeri Selangor dengan menawarkan pakej langganan telekomunikasi dengan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.
    3. Tempoh kempen ini berlangsung selama satu (1) tahun bermula daripada 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022 (“Tempoh SISM40”) secara berperingkat. Peringkat permulaan bermula daripada 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021 (“Tempoh Permohonan”). Walau bagaimanapun, Tempoh SISM40 ini tertakluk kepada perubahan dan Kerajaan Negeri Selangor serta Telekom Malaysia Berhad berhak menamatkan atau memanjangkan Tempoh SISM40 tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada Pelanggan.
    4. Warganegara Malaysia yang memenuhi SEMUA kriteria berikut sewaktu permohonan dibuat layak untuk memohon SISM40: -
      1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun ke atas;
      2. Berumur 18 tahun dan ke atas;
      3. Tidak disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi;
      4. Tawaran pakej untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan unifi Home sedia ada. (Walaubagaimanapun, pelanggan unifi Lite (Streamyx) sedia ada berhak untuk memohon pakej SISM40;
      5. Hanya satu pakej SISM40 dibenarkan untuk satu isi rumah; dan
      6. Pemohon yang terdiri daripada kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970)

        (dirujuk secara kolektif sebagai “Pelanggan”)

    5. Pelanggan hendaklah mendaftar SISM40 sepanjang Tempoh Permohonan sahaja. Sebarang permohonan yang dibuat selepas Tempoh Permohonan tidak akan dilayan walaupun Pelanggan memenuhi kesemua kriteria bagi SISM40.
    6. Pendaftaran dan semakan kelayakan bagi SISM40 boleh dibuat melalui medium berikut:
      1. Laman sesawang SISM40 (https://www.sism40.com.my );
      2. Di 56 Pejabat DUN Selangor yang berdekatan;
      3. Talian bantuan di 03-5030 4595/4596

        (9.00pg – 5.00ptg : Isnin – Jumaat) kecuali cuti umum.

    7. Proses kelulusan bagi pendaftaran SISM40 adalah dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dan Pelanggan akan dimaklumkan melalui emel masing-masing. Pelanggan juga boleh melakukan semakan bagi kelulusan permohonan di laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my
    8. Kelulusan adalah tertakluk kepada kelayakan Pelanggan dan kesediaan infrastruktur TM di alamat kediaman Pelanggan.
    9. Dengan melanggan pakej SISM40, Pelanggan adalah tertakluk kepada Notis Privasi bagi SISM40 yang boleh didapati di https://sism40.com.my/tetamu/notis-privasi. Pelanggan diwajibkan untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat bagi Notis Privasi SISM40 dan Notis Privasi TM.
    10. Dengan melanggani pakej SISM40 Pelanggan bersetuju untuk Kerajaan Negeri Selangor berkongsi maklumat data peribadi Pelanggan kepada TM bagi tujuan pemprosesan permohonan SISM40.
  2. PROMOSI & PAKEJ YANG DITAWARKAN
    1. Pelanggan hanya dibenarkan untuk melanggan satu (1) pakej SISM40 bagi satu (1) Kad Pengenalan sahaja dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga.
    2. Dengan melanggan pakej SISM40, Pelanggan adalah tertakluk kepada terma dan syarat bagi unifi Home dan unifi Mobile.
    3. Terdapat lapan (8) pakej yang ditawarkan di bawah SISM40 yang terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.
    4. Maklumat bagi setiap pakej SISM40 adalah seperti jadual berikut:
      1. Pakej Keluarga

        M40

      2. Pakej Bujang

        M40

      3. Pakej Asas

        M40

    5. Bagi pakej SISM40 selain daripada pakej SISM40 Family 300 dan SISM40 Single 300, akan ditawarkan bersama rebat bulanan (potongan) selama tempoh dua belas (12) bulan, berdasarkan pakej yang dipilih oleh Pelanggan. Caj langganan bulanan akan kembali kepada harga komersial mulai bulan ke-tiga belas (13) dan seterusnya.
    6. Bagi pakej SISM40 Family 300 dan pakej SISM40 Single 300, tawaran rebat bulanan akan ditawarkan bersama rebat bulanan (potongan) selama tempoh dua puluh empat (24) bulan dan caj langganan bulanan akan kembali kepada harga komersial mulai bulan ke-dua puluh lima (25) dan seterusnya.
    7. Bagi pakej SISM40 Family 300 dan pakej SISM40 Single 300, setelah unifi Mobile didaftarkan, Pelanggan WAJIB mengaktifkan talian unifi Mobile dalam masa tiga puluh (30) hari untuk menikmati rebat tawaran pakej SISM40.
    8. Jika Pelanggan gagal untuk mengaktifkan talian unifi Mobile dalam masa tiga puluh (30) hari, pakej keseluruhan (unifi Home and unifi Mobile) akan ditukarkan menjadi pakej komersial unifi secara automatik.
  3. BAYARAN PENDAHULUAN
    1. Pelanggan akan dikenakan caj bayaran pendahulan bagi setiap perkhidmatan unifi Home dan unifi Mobile di bawah SISM40.
    2. Caj bayaran pendahuluan bagi setiap pakej SISM40 adalah seperti berikut:

      M40

    3. Bayaran pendahuluan bagi unifi Home perlu dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan dan kegagalan untuk membuat bayaran pendahuluan akan menyebabkan perkhidmatan unifi Home digantung sementara. Pelanggan akan diberitahu mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
    4. Manakala, bayaran pendahuluan untuk unifi Mobile perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) dan tiada caj bayaran pendahuluan bagi pengekalan nombor sedia ada (Mobile Number Portability).
    5. Caj bayaran pendahuluan akan dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan dan akan dinyatakan dalam bil bulan pertama
    6. Jika tiada bayaran pendahuluan yang diterima TM dalam tempoh tiga puluh (30) dari tarikh pengaktifan perkhidmatan unifi Home atau unifi Mobile, TM berhak untuk menamatkan perkhidmatan pakej SISM40 Pelanggan.
  4. KONTRAK
    1. Langganan pakej SISM40 tertakluk kepada kontrak selama dua puluh empat (24) bulan bersama Telekom Malaysia Berhad, bermula dari tarikh pengaktifan dan pemasangan unifi Home di premis Pelanggan.
    2. Pelanggan TIDAK DIBENARKAN untuk menukar atau memindah milik pakej SISM40 sepanjang tempoh kontrak. Sebarang pindah milik pakej SISM40 hanya dibenarkan selepas tamat tempoh kontrak.
    3. Sebarang perubahan (naik taraf atau turun “upgrade/downgrade”) terhadap pakej SISM40 adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi sepanjang tempoh dua belas (12) bulan. Selepas tempoh berkenaan pelanggan boleh menaik taraf ke pakej komersial dan kontrak akan diperbaharui kepada 24 bulan.
  5. BIL
    1. Pelanggan yang melanggani perkhidmatan unifi Home dan unifi Mobile akan mendapat dua (2) bil berasingan bagi setiap kitaran bil bulanan.
    2. Pelanggan perlu membuat pembayaran berasingan bagi langganan unifi Home dan unifi Mobile di bawah pakej SISM40.
  6. TERMA KHUSUS BAGI UNIFI HOME
    1. Jika Pelanggan ingin menamatkan pakej unifi Mobile semasa tempoh rebat SISM40 selama dua belas (12) bulan, pakej unifi Home akan ditukar kepada harga komersial dan Pelanggan tidak lagi dapat menikmati tawaran diskaun di bawah pakej SISM40. Kontrak unifi Home juga akan diperbaharui selama dua puluh empat (24) bulan bermula dari tarikh pertukaran pakej tersebut.
    2. Pelanggan akan menanggung kos untuk lawatan sokongan di lokasi yang diminta pada kadar RM50 bagi setiap lawatan. Bayaran tersebut adalah tidak termasuk kos untuk peralatan atau caj penggantian peralatan yang harus dibayar oleh Pelanggan kepada TM.
    3. Pemasangan dan pengaktifan percuma hanya terpakai untuk pemasangan standard sahaja. Jika premis Pelangan memerlukan pemasangan yang menjangkaui perkhidmatan pemasangan standard atau pemasangan kabel tambahan, caj tambahan akan dikenakan oleh kontraktor TM dan Pelanggan harus membayar kos perkhidmatan tersebut kepada kontraktor TM yang hadir secara tunai. Pemasangan percuma ini tidak termasuk caj yang dikenakan oleh kontraktor bagi pendawaian tersembunyi, pendawaian di atas siling, pendawaian disesuaikan dan sebarang perkhidmatan lain.
    4. Bagi Pelanggan yang menetap di bangunan tinggi seperti apartmen atau kondominium, Pelanggan bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran pengurusan bangunan (JMB) sebelum pemasangan dilakukan.
    5. Dengan melanggan pakej SISM40, Pelanggan adalah tertakluk kepada Notis Privasi TM di https://unifi.com.my/sites/default/files/page/assets/pdf/privacynotice.pdf. Pelanggan diwajibkan untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat bagi Notis Privasi TM.
  7. TERMA KHUSUS BAGI UNIFI MOBILE
    1. Perkhidmatan unifi Mobile disediakan oleh webe Digital Sdn Bhd, bagi pihak Telekom Malaysia Berhad.
    2. Pendaftaran unifi Mobile dibawah pakej SISM40 dibenarkan untuk pendaftaran baru atau bagi nombor sedia ada yang ingin beralih kepada unifi Mobile.
    3. Pelanggan sedia ada unifi Mobile boleh melanggan pakej SISM40 ini dengan mendaftar atau menambah talian baru unifi Mobile berdasarkan pakej yang ditawarkan oleh SISM40. Walaubagaimanapun, sebarang perubahan pakej kepada langganan unifi Mobile sedia ada (naik taraf atau turun “upgrade/downgrade”) adalah tidak dibenarkan sama sekali.
    4. Pendaftaran pelan unifi Mobile 99 dan unifi Home mesti berada di bawah pemegang akaun dan dokumen pengenalan diri yang sama (Kad Pengenalan/Kad Pengenalan Tentera/ ID Polis) bagi menikmati faedah dan subsidi yang ditawarkan oleh pakej SISM40.
    5. Pelanggan akan menikmati pelan unifi Mobile 99 pada harga RM59 sebulan setelah berjaya pengaktifan kedua-dua perkhidmatan unifi Home dan unifi Mobile di bawah pakej SISM40. Caj bulanan ini akan dinyatakan dalam bil unifi Mobile pada bulan berikutnya.
    6. Kad SIM unifi Mobile akan dihantar ke alamat Pelanggan melalui pos setelah pemasangan unifi Home berjaya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. Tiada sebarang caj tambahan dikenakan bagi penghantaran kad SIM. Semasa penghantaran, Pelanggan hendaklah menunjukkan kad pengenalan asal untuk tujuan pengesahan identiti.
    7. Jika unifi Home tidak dapat dipasang/diaktifkan atas sebab apa pun, Pelanggan tidak akan menikmati pakej SISM40 dan pakej unifi Mobile akan ditukar secara automatik kepada harga komersial iaitu RM79.
    8. Maklumat lebih lanjut mengenai penawaran unifi Mobile boleh dilayari di https://unifi.com.my/mobile/postpaid/tnc
    9. Dengan melanggan pakej SISM40, Pelanggan adalah tertakluk kepada Penyataan Privasi webe Digital Sdn. Bhd. Di https://unifi.com.my/sites/default/files/html/assets_mobile/doc/postpaid/Privacy%20Statement.pdf. Pelanggan diwajibkan untuk membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat bagi Penyataan Privasi webe Digital Sdn Bhd.
  8. PERTUKARAN PREMIS KEDIAMAN
    1. Pelanggan yang berpindah ke premis di dalam Selangor layak untuk terus menikmati pakej SISM40 tanpa sebarang perubahan kepada kontrak. Sebarang permohonan pindahan boleh dilakukan dimana-mana premis TMpoint berhampiran.
    2. Sebarang permintaan untuk pemindahan pakej SISM40 di dalam negeri Selangor semasa tempoh kontrak adalah tertakluk kepada kesediaan infrastruktur TM.
    3. Jika lokasi pemindahan tersebut tidak termasuk di dalam kawasan dengan kesediaan infrastruktur TM di bawah pakej SISM40, Pelanggan akan ditawarkan dengan pakej komersial yang bersesuaian dengan lokasi tersebut.
    4. Walau bagaimanapun, Pelanggan yang berpindah keluar dari negeri Selangor, adalah tidak layak untuk terus menikmati pakej SISM40. Sebarang permohonan pindahan boleh dilakukan dimana-mana premis TMpoint berhampiran. Pelanggan akan menikmati pakej komersial unifi dengan kontrak selama dua puluh empat (24) bulan akan diperbaharui.
  9. PENAMATAN SERVIS
    1. Sebarang permintaan untuk penamatan pakej unifi Home semasa tempoh kontrak akan dikenakan bayaran penalti berdasarkan caj baki bulan (remaining months charges).
    2. Pelanggan haruslah memberi notis tiga puluh (30) hari sebelum penamatan dilakukan melalui saluran berikut:
      1. Live chat melalui aplikasi unifi.com.my atau myunifi
      2. E-mel ke help@tm.com.my
      3. TMpoint di seluruh Malaysia
    3. Bagi setiap penamatan unifi Home, Pelanggan harus mengembalikan BTU kepada premis TMpoint berdekatan. Sebarang kegagalan untuk berbuat demikian, Pelanggan akan dikenakan bayaran penalti sebanyak RM 500.00.
    4. unifi Mobile ditawarkan tanpa sebarang kontrak. Bagi penamatan perkhidmatan unifi Mobile, Pelanggan boleh membuat penamatan pakej unifi Mobile melalui premis TMpoint yang berdekatan atau TM live chat melalui aplikasi unifi.com.my atau myunifi.
  10. KHIDMAT SOKONGAN

    Sebarang pertanyaan berkenaan pakej SISM40, Pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan SISM40 di 03-5030 4595/4596 atau melalui emel di admin@sism40.com.my

Kembali