NOTIS POLISI PRIVASI
Pengenalan

Polisi privasi ini dirumuskan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"), yang menerangkan bagaimana maklumat anda dikumpulkan, digunakan, diproses dan pilihan anda berkenaan dengan Data Peribadi anda ("Polisi"). Polisi ini berkaitan dengan privasi anda dalam penggunaan perkhidmatan Laman Web ini. Dalam usaha untuk memastikan pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP), kami ingin menarik perhatian anda kepada Notis Polisi Privasi kami seperti berikut:

Jenis Maklumat yang Dikumpul

Sehubungan dengan penggunaan Laman Web ini, kami akan meminta dan akan mengumpulkan maklumat daripada dan berkenaan dengan anda dengan tatacara yang berbeza dan pada halaman yang berbeza di dalam Laman Web ini. Anda akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi anda seperti (tetapi tidak terhad kepada) nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat surat menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, jantina, gaji, gaji seluruh keluarga,dan nombor keutamaan yang boleh dihubungi. Senarai transaksi yang dinyatakan ini adalah tidak terhad dan apa-apa maklumat yang diberikan kepada atau diperolehi oleh kami melalui transaksi tersebut secara kolektif dikenali sebagai "Data Peribadi".

Anda juga akan diperlukan untuk memberikan persetujuan anda terhadap penggunaan Data Peribadi anda dalam bentuk dan mengikut cara yang dinyatakan dalam proses pendaftaran. Jika kami tidak menerima kebenaran anda, anda tidak akan dapat untuk menggunakan Laman Web ini atau mempunyai akses kepada Laman Web ini atau membuat sebarang pendaftaran atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan didalam Laman Web ini.

Sebagai usaha berterusan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami sering menjalankan penyelidikan mengenai demografi pelanggan, minat dan tingkah laku berdasarkan Data Peribadi dan maklumat yang diberikan kepada kami. Kajian ini boleh dikumpul dan disatukan untuk tujuan analisa. Anda tidak akan dikenalpasti secara peribadi melalui maklumat yang tidak boleh dikenal pasti dan data yang disatukan ini. Kami mungkin berkongsi maklumat yang tidak boleh dikenal pasti dan data yang disatukan ini dengan Pihak Ketiga yang Dibenarkan. Kami juga mungkin akan mendedahkan statistik pengguna yang telah disatukan kepada Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk tujuan lain yang sah.

"Pihak Ketiga yang Dibenarkan" bermaksud rakan perniagaan, kontraktor, ejen, juruaudit, penasihat, mana-mana penyedia telekomunikasi dan pembekal perkhidmatan aplikasi yang mempunyai perjanjian dengan kami berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan atau sebaliknya atau mana-mana pihak ketiga yang dilantik untuk melakukan aktiviti pemprosesan data atau menjalankan aktiviti pemasaran.
Tujuan Data Peribadi Diproses

Data Peribadi anda akan digunakan mengikut tujuan yang sama semasa ianya diberi. Data Peribadi anda juga boleh digunakan oleh kami dan/atau Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk mana-mana satu (atau lebih) daripada tujuan-tujuan berikut:-

  1. Untuk menilai permohonan anda atau penyediaan secara berterusan produk dan/atau perkhidmatan (mana-mana yang berkaitan);
  2. Untuk menjawab pertanyaan anda;
  3. Untuk tujuan penyelidikan termasuk tetapi tidak terhad kepada penambahbaikan produk dan/atau perkhidmatan kami, sejarah dan statistik dan analisis;
  4. Operasi umum, penyenggaraan dan audit produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan termasuk laman web yang berkaitan;
  5. Tujuan pengesahan permohonan anda untuk sebarang permohonan
  6. Menyediakan anda dengan komunikasi yang kerap daripada kami
  7. Penyiasatan mengenai aduan, transaksi yang mencurigakan dan untuk mengesan dan mencegah kegiatan penipuan;
  8. Menjalankan penyelidikan pasaran dan menggunakan analisis dan penyampaian maklumat yang tidak dikenalpasti tersebut dalam bentuk yang telah dikumpulkan dan umum kepada Pihak Ketiga yang Dibenarkan dan/atau pihak ketiga yang telah atau bercadang untuk menjalankan urusan perniagaan dengan kami; dan
  9. Pematuhan kepada mana-mana tanggungjawab kawalselia, statutori atau undang-undang

Senarai di atas adalah secara kolektif dirujuk sebagai "Tujuan" dalam Notis Privasi ini.

Dengan menyerahkan maklumat anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dan membenarkan kami untuk memproses dan menentusahkan apa-apa maklumat tentang anda daripada pihak ketiga, yang mungkin perlu berkaitan dengan permohonan anda untuk mana-mana produk dan/atau perkhidmatan dan/atau penggunaan dan/atau akses ke laman web ini. Persetujuan dan kebenaran yang anda beri ini merangkumi apa-apa maklumat yang diperolehi dari mana-mana akaun yang kini diselenggarakan untuk anda, sebarang permohonan baru untuk apa-apa bentuk produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan didalam Laman Web ini, maklumat sejarah kewangan atau rekod kredit, data atau maklumat yang anda beri atau melalui mana-mana sumber lain yang berkaitan dengan anda yang telah dikumpul, diterima, disimpan, disusun dan/atau diperolehi oleh kami melalui atau dengan apa-apa cara atau kaedah atau bentuk. Sekiranya anda memberi atau mendedahkan kepada kami Data Peribadi pihak ketiga dalam mana-mana permohonan, anda dengan ini mengaku dan menjamin bahawa kebenaran telah diperolehi daripada pihak ketiga tersebut bagi membolehkan kami untuk memproses Data Peribadi bagi Tujuan yang dinyatakan di atas.

Pendedahan Data Peribadi anda

Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan kami, Data Peribadi anda mungkin akan perlu dikongsi dengan syarikat Pihak Ketiga yang Dibenarkan.

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut untuk tujuan yang dinyatakan di atas: -

  1. Rakan kongsi kami yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan tambahan
  2. Pihak Ketiga yang Dibenarkan atau ejen-ejen mereka yang terlibat dalam menyediakan produk dan/atau perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam Laman Web ini;

Data Peribadi anda mungkin didedahkan atas sebab-sebab undang-undang, proses undang-undang, tindakan undang-undang dan/atau permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan dan sebarang pendedahan akan diberikan kepada pihak berkuasa awam dan kerajaan tersebut sahaja. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat mengenai anda sekiranya kami menentukan bahawa pendedahan adalah perlu atau wajar bagi tujuan keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang atau isu-isu lain berkenaan kepentingan awam.

Pembatalan Kebenaran

Jika anda ingin membatalkan kebenaran yang telah diperoleh oleh kami daripada anda untuk tujuan yang dinyatakan di sini, sila hubungi kami di:-

No Telefon: 03-5030 4595
E-mel: admin@sism40.com.my

Penggunaan dan Pendedahan Maklumat yang Kami Kumpulkan

Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan di Laman Web, sama ada peribadi, demografi, kolektif atau teknikal, untuk tujuan mengendalikan dan menaiktaraf Laman Web, untuk memupuk suatu pengalaman pengguna yang positif, dan menyampaikan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Jika anda telah memberikan persetujuan kepada kami untuk membuat sedemikian, kami juga boleh menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk memaklumkan anda tentang produk atau perkhidmatan lain dari kami atau syarikat berkait dengan kami atau untuk menghubungi anda mengenai pendapat anda terhadap produk dan perkhidmatan semasa atau produk baru yang berpotensi dan perkhidmatan yang akan ditawarkan. Kami boleh menggunakan maklumat hubungan anda untuk menghantar e-mel atau komunikasi lain berkenaan kemas kini di Laman Web untuk menghubungi anda untuk pendapat anda berkenaan produk dan perkhidmatan semasa atau produk dan perkhidmatan baru yang mungkin ditawarkan.

Kami tidak dapat memastikan bahawa semua komunikasi peribadi anda dan maklumat peribadi lain tidak akan didedahkan dengan cara yang tidak dinyatakan dalam Polisi Privasi ini. Oleh yang demikian, walaupun kita berusaha untuk melindungi privasi anda, kami tidak berjanji, dan anda tidak boleh mengharapkan, bahawa maklumat peribadi atau komunikasi peribadi anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang peribadi. Sebagai pengguna Laman Web, anda memahami dan bersetuju bahawa anda menganggap semua tanggungjawab dan risiko yang akan dialami menerusi penggunaan anda dalam Laman Web, internet secara amnya, dan dokumen-dokumen yang anda papar atau akses berserta perkara-perkara yang anda melakukan dalam atau di luar halaman Laman Web.

Mengakses, Mengehadkan, membetulkan dan Mengemaskini Data Peribadi Anda

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai di Malaysia, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan Data Peribadi anda, meminta untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi, anda boleh menghubungi kami di:-

No Telefon: 03-5030 4595
E-mel: admin@sism40.com.my

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang Malaysia, kami mempunyai hak untuk mengenakan bayaran untuk mengakses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di dalamnya. Berhubungan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan kepada Data Peribadi anda atas alasan yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti mana perbelanjaan akibat kebenaran akses diberikan kepada anda adalah tidak sepadan dengan risiko terhadap privasi anda atau orang lain.

Pendedahan Maklumat kepada Orang Lain

Kami akan mendedahkan kepada pihak ketiga di dalam negara anda dan di luar negara maklumat peribadi anda, gabungan maklumat peribadi, demografi, tingkah laku atau tidak langsung, seperti yang dinyatakan di bawah:

Kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada majikan yang telah mempapar peluang pekerjaan di Laman Web yang akan menarik minat anda apabila anda membuat permohonan untuk pekerjaan tersebut. Kami boleh berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga yang membantu kami dalam pembekalan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Kami mendedahkan maklumat kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang kami upah untuk melaksanakan fungsi bagi pihak kami. Contoh-contohnya termasuk untuk mengehos pelayan web kami, menganalisis data, menyediakan bantuan pemasaran, memproses pembayaran kad kredit, dan menyediakan perkhidmatan pelanggan. Syarikat-syarikat dan individu-individu ini mungkin berada di negara di mana undang-undang perlindungan datanya berbeza dari negara anda, dan mereka akan mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi mereka, tetapi mereka tidak boleh berkongsi maklumat tersebut dengan mana-mana pihak ketiga atau menggunakan data tersebut untuk apa-apa tujuan yang lain. Kami tetap akan bertanggungjawab untuk apa-apa maklumat yang dikongsi dengan cara ini. Kami boleh mendedahkan maklumat kepada pihak ketiga jika anda bersetuju dengan pendedahan tersebut. Kami boleh mendedahkan dan memindahkan maklumat kepada pihak ketiga yang mengambilalih mana-mana atau semua unit perniagaan Kami, sama ada pengambilalihan itu adalah melalui penggabungan, penyatuan atau pembelian semua atau sebahagian substansial aset kami. Di samping itu, sekiranya Kami menjadi subjek prosiding kebankrapan, sama ada secara sukarela atau tidak sukarela, Kami atau pelikuidasi, pentadbir, penerima atau penerima pentadbirannya boleh menjual, melesenkan atau melupuskan maklumat tersebut dalam urus niaga yang diluluskan oleh mahkamah. Anda akan dimaklumkan berkenaan dengan penjualan semua atau sebahagian substansial perniagaan kami kepada pihak ketiga melalui e-mel atau melalui notis yang dipaparkan di Laman Web secara jelas.

Cookies dan Fungsi Pihak ketiga

Laman Web boleh menggunakan vendor pihak-pihak ketiga untuk melayani atau menjejaki iklan di laman web lain. Antara lain, pihak-pihak ketiga ini mungkin akan menggunakan cookies, tag pixel dan teknologi lain untuk membolehkan pihak-pihak ketiga tersebut merekod iklan mana yang telah dimuatkan oleh pelayar web anda dan halaman yang anda telah lihat ketika iklan disampaikan atau diakses. Maklumat yang dikumpulkan melalui fungsi ini adalah tertakluk kepada polisi privasi pihak ketiga tersebut.

URL Tertanam

Laman Web dan ASP boleh menggunakan teknik penjejakan yang menggunakan URL tertanam untuk membolehkan penggunaan Laman Web tanpa cookies. URL tertanam membenarkan maklumat terhad untuk mengikuti anda semasa anda melayari Laman Web, tetapi tidak dikaitkan dengan maklumat peribadi dan tidak digunakan di luar sesi tersebut.

URL Tertanam

Laman Web dan ASP boleh menggunakan teknologi pixel tertanam pada halaman terpilih untuk tujuan mengenal pasti kunjungan pengguna yang unik ke Laman Web, berbanding dengan hit agregat, dan untuk mengenali halaman yang dilihat. Kami juga boleh menggunakan teknologi piksel tertanam untuk menentukan sama ada penerima e-mel telah membuka mesej tertentu. Maklumat yang diberikan oleh teknologi ini mungkin dikaitkan semula dengan maklumat peribadi oleh Laman Web.

Penyimpanan Data Peribadi

Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, Data Peribadi yang berkaitan mungkin akan dikekalkan tertakluk kepada syarat-syarat di bawah:

  1. apabila dan apabila diperlukan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia yang berkaitan;
  2. di mana terdapat tindakan undang-undang yang telah wujud dan belum diselesaikan; dan
  3. untuk tujuan komersial dan/atau operasi Kami

Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi dihancurkan atau dihapuskan secara kekal apabila tidak lagi diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

Pendedahan Maklumat

Maklumat Pekerjaan anda hanya akan didedahkan apabila anda memilih untuk berbuat demikian, dan maklumat anda hanya didedahkan kepada majikan yang berpotensi yang mempaparkan pekerjaan yang anda jawab. Sebaik sahaja Maklumat Pekerjaan anda telah dikemukakan kepada majikan yang berpotensi, semua surat-menyurat adalah di antara anda dan majikan yang berpotensi sahaja. Majikan telah bersetuju untuk tidak mendedahkan Maklumat Pekerjaan anda kepada pihak-pihak ketiga. Sebagai pengguna Laman Web, anda boleh mengehad pengedaran Maklumat Pekerjaan anda dengan menunjukkan had tersebut dalam akaun anda. Seperti yang dinyatakan di atas, anda akan dimaklumkan pada setiap pengumpulan maklumat yang diperlukan dan maklumat yang tidak diwajibkan. Jika Laman Web memadankan Maklumat Pendaftaran anda dengan iklan pekerjaan yang tertentu, anda akan diberitahu melalui e-mel jika anda memilih untuk menerima pemberitahuan tersebut. Anda boleh memilih untuk tidak menerima pemberitahuan e-mel pada bila-bila masa.

Kembali